Apa Kes, Tiba-Tiba Promo Tour Ella di Kuantan Tidak Dapat Diteruskan?

KUANTAN, 26 OKT 2017: Tidak ada, tidak ada ribut, tiba-tiba segelintir fans Ella bikin kecoh di fan page FB penyanyi kesayangan mereka itu.

Team Jambu Batu sempatlah tengok komen-komen yang mereka tinggalkan di dalam fan page Ella itu. Rupa-rupanya, yang mereka kecohkan adalah tentang promo tour Peace. Love. Rindu yang sepatutnya berlangsung di Teluk Chempedak, Kuantan sekitar jam 4.30 petang tadi.

Ada di antara mereka yang sudah pun berada lebih awal di situ. Tunggu punya tunggu, tiada apa yang berlaku. Seolah-olah macam tidak ada apa-apa event pun yang berlaku di situ.

Disebabkan itu, fans pun tertanya-tanya, adakah promo tour tersebut di batalkan? Andai katalah ia dibatalkan, mengapa tiada pengumuman pembatalan dibuat?  Ada juga yang membuat andaian kononnya promo tour tersebut dibatalkan kerana tidak memperolehi permit daripada pihak berkuasa di sana.

Apapun, pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia baru sahaja menaikkan posting video di Instagram @umdomestic sejam kemudian yang memaparkan Ella membuat pengumuman tentang pembatalan promo tour tersebut.

Katanya, promo tour tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun, dia mohon kepada fansnya supaya usah risau kerana promo tour di lokasi-lokasi lain akan tetap berlangsung seperti mana yang dijadualkan di dalam gambar di bawah.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply