Shahir Akan Pinang Erra Fazira Awal Tahun Depan

KL, 23 OKT 2017:  Macam-macam cara yang digunakan oleh peminat untuk upkan artis kesayangan mereka. Hanya semata-mata kerana sekumpulan wartawan telah pun mengelilingi Shahir untuk mewawancaranya berkaitan dengan beberapa rentetan isu peribadinya yang cukup panas ketika ini, ia dianggap telah berjaya tenggelamkan sang juara.

Dalam erti kata lain, dek kerana ramai wartawan ketika itu telah tertumpu kepada Shahir, maka Shahir dianggap telah berjaya mencuri perhatian mereka berbanding Idayu yang dinobatkan sebagai juara AF Megastar.


Foto: Instagram @fannabrahman

Hakikatnya, sebelum wartawan bertumpu kepada Shahir, mereka terlebih dahulu telah mendapatkan Idayu dan ada juga kelompok wartawan lain sibuk mengelilingi Marsha.

Apapun berbalik isu panas Shahir, penyanyi yang memiliki suara jantan ini  mengakui bahawa dia masih menjalinkan hubungan cinta Erra Fazira dan perasannya terhadap Erra masih sama dan tidak sama sekali berubah.

“Saya sudah jelaskan segalanya kepada Erra Fazira (tentang isu dia dikaitkan mempunyai hubungan dengan pramugari bernama Mona Syamimi). Alhamdulillah, dia nampaknya faham,” katanya ketika diwawancara.

Menurut Shahir lagi, dia juga tetap dengan pendiriannya untuk meminang Erra pada awal tahun hadapan.

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply