Juara AF Megastar, Idayu Mahu Rakam Semula Selamanya Dengan Lebih Sempurna

KL, 23 OKT 2017:  Terlebih dahulu, team Jambu Batu Online ingin mengucapkan tahniah buat Idayu Yaakob kerana telah dinobatkan sebagai juara AF Megastar dalam konsert final kemuncak yang telah berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam, malam tadi.

 

Dalam pertandingan tersebut, bekas pelajar Akademi Fantasia Musim Ketiga (AF3) telah menyampaikan dua lagu iaitu My All yang dipopularkan Mariah Carey serta sebuah lagu baharu Selamanya ciptaan Amylea Azizan yang juga teman seperjuangannya di dalam AF3 serta AF Megastar Homecoming.

Kedua-dua tugasan lagu tersebut telah disampaikan dengan penuh cemerlang oleh Idayu sehingga membolehkan dia bergelar juara AF Megastar serta membawa  pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah trofi serta pakej percutian ke Turki .

Idayu yang ditemui sebaik saja konsert final itu selesai mengakui, dia masih lagi terkejut dengan kemenangan tersebut.

“Tapi, dalam waktu yang sama saya happy. Sebab sudah 12 tahun saya tunggu peluang ini. Tentang lagu Selamanya, saya mungkin tak dapat nak buat lagu itu dengan betul-betul.

“Sebab tak sampai seminggu pun saya belajar lagu itu. Tak sebati lagi. Jadi lepas ini, saya akan rakam semula lagu tersebut yang best punya,” katanya kepada Jambu Online.

Jelas Idayu lagi, dia mempunyai perancangan untuk mengeluarkan album penuh.

“Saya mahu berkarya dan kalau perlu, saya akan gunakan wang kemenangan ini untuk mendapatkan khidmat komposer yang hebat-hebat serta lagu-lagu yang best,” katanya.

Dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat serta pengundi yang telah menaruh kepercayaan terhadap dirinya serta menyokong kerjaya seninya dari dulu sehinggalah saat.

“Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya….,” katanya lagi.

Dengan kemenangan itu, beerti Idayu telah berjaya menewaskan 4 finalis lain iaitu Bob Yusof, Marsha Milan Londoh, Syamel serta Shahir.

Bob menyampaikan  lagu baharu berjudul Terbuang Dalam Pelukan ciptaan Hafiz Hamidun dan Bukan Dia Tapi Aku (Judika). Marsha mempersembahkan Hilang gubahan Ezra Kong, Omar K dan Dilyla Khalid serta Pilihlah Aku (Krisdayanti).  Syamel dengan lagu ciptannya sendiri, Biar Cinta serta Seniman Menangis (Datuk Jamal Abdillah) , manakala Shahir memmabawakan lagu Mama Jangan Pergi hasil ciptaanya bersama Awi Rafael serta Tapi Bukan Aku (Kerispatih).

Hanya juara sahaja yang diumumkan pada malam itu.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.