Kerana Mona, Shahir AF8 Undur Diri Di Final #AFMegastar?

KL, 19 OKT 2017: Kecoh seketika apabila juara Akademi Fantasia Musim 8 iaitu Shahir Zawawi mahu mengundurkan diri daripada beraksi di pentas final AF Megastar.

Shahir yang ketika ini hangat dikaitkan dengan gadis bernama Mona Syamimi membuat kenyataan sedemikian menerusi laman Instagram miliknya iaitui @shahirzawawi88 sebentar tadi.

Menerusi laman Instagramnya itu, Shahir meluahkan rasa hati bahawa ada pihak yang tidak begitu senang hati apabila rezeki yang diberikan oleh Allah SWT terhadap dirinya.

Tidak pasti siapakah pihak yang tidak senang hati serta berusaha untuk sabotaj periuk nasinya sebagaimana yang dimaksudkan Shahir itu? Adakah Mona Syamimi yang cuba Shahir maksudkan? Atau pun ia ditujukan kepada pihak lain?

Walau apapun, team Jambu Batu Online berharap Shahir tidak akan membuat keputusan yang terburu-buru. Mengalah bererti kalah. Buktikanlah bahawa kamu memang selayaknya berada di pentas final AF Megstar.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.