Jangan jadi ‘fake’ la Shahir! – Mona Syamimi

Wah makin hangat story pasal Shahir hari ni.

Melalui temubual eksklusif bersama Harian Metro di Facebook Live pada petang tadi, Mona Syamimi, pramugari yang dikaitkan dengan Shahir tampil memberi kenyataan tentang hubungan mereka.

Mona Syamimi mengaku dia cukup terasa hati bila Shahir memberi kenyataan kepada media bahawa dia hanya sekadar peminat sahaja.

“Saya macam terasa dengan apa yang diberitahu kepada media — tidak mungkin dia (Shahir) keluar setiap hari dengan peminat, mesej setiap hari dan luangkan masa bersama dari siang ke malam bersama peminat?”

Untuk membuktikan hubungan mereka bukan sekadar antara peminat dan artis, Mona Syamimi siap tunjuk mesej perbualan mereka di Whatsapp.Ini apa yang Team Jambu Batu berjaya screenshot.

Entah la. Betul jugak ye, kalau peminat aje takkan sampai sebut rindu? Kalau tak melibatkan perasaan, takkan sampai cemburu bila Mona Syamimi bercerita tentang lelaki lain?

Team Jambu Batu harap Shahir tampil menjernihkan keadaan dan menjelaskan isu ini dengan hati yang terbuka.

Nak tau lebih detail apa yang Mona Syamimi ini dedahkan kepada Harian Metro, korang boleh tengok sendiri video interview di bawah ini.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply