Inikah lagu baru Idayu untuk Konsert Akhir AF Megastar?

Rasanya ramai yang tak sabar melihat Idayu beraksi di pentas akhir AF Megastar terutama sekali Idayu Whistlers yang saban minggu tak henti-henti bersorak memberikan sokongan buat penyanyi kesayangan mereka itu.

Malah, Jambu Batu Online percaya korang pasti nak tahu lagu baru apa yang bakal dipersembahkan Idayu pada malam kemuncak itu nanti.

So, untuk membantu menjawab pertanyaan korang tuh, kitaorang nih pun berusahalah menjadi CSI.

Tetiber ternampak satu posting FB daripada Amylea Azizan, bekas pelajar AF3 dan calon peserta yang tersingkir masa  Konsert AF Megastar Homecoming. Dalam posting FB tersebut, Amylea memberitahu bahawa dia telah diberi penghormatan untuk menulis lagu buat Idayu.

Berjudul Selamanya, lagu itu kata Amylea adalah berkisar mengenai perjalanan kerjaya muzik Idayu dan penantiannya yang cukup panjang untuk menyinar.

Walaupun Amylea tidak menyatakan bahawa lagu itu bakal dinyanyikan Idayu di dalam konsert akhir AF Megastar, namun Jambu Batu Online percaya, Selamanya adalah salah satu lagu yang bakal dipersembahkan Idayu di pentas akhir itu.

Neways, good luck buat Idayu dan juga Amylea.

Terimalah snippet lagu Selamanya:


Kredit: Facebook Amylea Azizan

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply