Betulkah Shahir AF8 Penunggang Agama?

Ramai betul yang marahkan juara Akademi Fantasia Musim 8, Shahir apabila namanya tersenarai sebagai finalis akhir AF Megastar.

Rata-rata beranggapan dia tidak layak berada di pentas akhir pertandingan tersebut jika dibandingkan dengan Amir Masdi atau Amir Jahari.

Namun, apakan daya, rezeki telah berpihak kepada Shahir yang kini mula dikaitkan dengan seorang gadis bernamaMona Syamim . Terdahulu, Shahir dikatakan memiliki hubungan dengan jelitawan Erra Fazira.

Ada juga segelintir yang menganggap bahawa Shahir adalah seorang penunggang agama dan kerap menggunakan Islam untuk menutup sikap serta tindak-tanduk sebenarnya . Kata mereka, walaupun Shahir mendalami ilmu agama, namun hakikat sebenar dia bukanlah seorang yang begitu Islamik sepertimana yang digambarkan.

Keputusannya untuk membacakan surah menerusi lagu solo dalam konsert AF Megastar Homecoming pada minggu lalu juga turut dikecam. Shahir sekali lagi dianggap cuba menggunakan agama untuk meraih undi dengan memancing emosi netizen.

Dalam hal ini, team Jambu Batu Online pun tak berani nak kata apa. Mudah-mudahan, Shahir bukanlah seperti apa yang diperkatakan itu. Kita pun tak boleh nak tuduh-tuduhkan selagi tiada bukti.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply