11 Tahun Penjara Untuk Benjy

Khaerryl Benjamin bin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy, akhirnya dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun dan denda sebanyak Rp 1 billion (RM312,539) oleh Majlis Hakim Pengadilan Negeri (PN) Medan pada hari Rabu (18 Oktober 2017) atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 4.5 gram.

Pelakon dan juga anak seniwati terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty ini ditahan pada April lalu apabila pihak berkuasa Indonesia memeriksa dan menemui dua paket syabu yang disorokkan di dalam dubur tertuduh sejurus selepas dia mendarat di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan.

Ketika membacakan keputusan perbicaraan, Ketua Hakim Wahyu Prasetyo Wibowo memutuskan bahawa Benjy terbukti bersalah kerana memiliki dadah terlarang.

Hukuman yang dikenakan itu lebih rendah berbanding hukuman 14 tahun penjara yang dipohon oleh pihak pendakwa.

Sumber: Tribun Medan

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply