Rumah Kena Pecah Masuk, Ezlynn Anggap Ex-Hubby Jahat

KUALA LUMPUR, 16 OKT 2017: Aduh! Kasihan sungguh team Jambu Batu Online dengan nasib yang menimpa penyanyi Ezlynn apabila rumahnya dipecah masuk sehingga dia kehilangan sebahagian barang-barang miliknya termasuklah wang tunai. Ia dipercayai perbuatan bekas suaminya.

 

Ezlynn membuat kenyataan tersebut  di dalam laman Instagram miliknya @_ezlynn_ . Dalam postingnya itu, dia memberitahu bahawa dia terkejut setelah mendapati pagar rumahnya dicabut dan rumahnya juga berada dalam keadaan yang rosak. Malah, dia juga kehilangan barang-barang serta juga wang tunai.

Dia juga tanpa teragak-agak mengaitkan bekas suaminya dengan kejadian rompakan tersebut.

“Aku kerja hari2 penat caru duit kau amik semua duit aku!!Now barang-barang semua kau amik. Kau rosakkan rumah. Kau buat hutang, aku tanggung semua. Aku diam, kau naik kepala. Kau memang jahat!! Suami tak guna..kawan tak guna..manager tak guna..menyesal aku kenal kau seumur hidup aku…

Ezlynn juga bermohon kepada Allah SWT akan mendengar kata hati dan doanya.

“Tidak ku halalkan setitik keringat aku yang sesen pun duit yang kau amik. Kau adalah manusia yang paling jahat pernah aku kenal..

 

 

ezlynn1

 

ezlynn3

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.