Idayu, Bob, Marsha Tepati Ramalan Finalis Akhir #AFMegastar

KUALA LUMPUR, 16 OKT 2016:  Pemilihan Idayu, Bob dan Marsha sebagai Top 3 finalis akhir AF Megastar benar-benar menepati ramalan yang dibuat netizens sepanjang pertandingan yang dianjurkan syarikat kabel TV berbayar Astro ini berlangsung.

 

Ini kerana ketiga-tiga mereka telah membuat persembahan yang begitu konsisten setiap minggu dan sentiasa memberikan kelainan sehingga berjaya menambat hati pihak  juri dan audiens.

Pemilihan Idayu, Bob dan Marsha sebagai Top 3 finalis akhir AF Megastar telah diumumkan oleh Datuk Aznil Haj Nawawi atau Pak Nil selaku hos utama di dalam konsert semi final pertandingan tersebut.

Turut menyertai mereka sebagai finalis akhir AF Megastar adalah Syamel dan juga Shahir, sekaligus menyaksikan kedua-dua Amir iaitu Amir Jahari dan Amir Masdi terkandas dalam usaha mereka untuk mara ke peringkat akhir.

Pihak juri memaklumkan bahawa punca kegagalan mereka adalah disebabkan salah dalam memilih lagu di dalam konsert semi final AF Megastar ini dan secara tidak langsung ia telah memberi laluan yang mudah buat Syamel dan Shahir untuk beraksi di konsert final AF Megastar.

Apapun tahniah buat kesemua finalis akhir konsert AF Megstar. Tahniah juga buat Idayu dan Bob kerana telah memberikan persembahan yang benar-benar terbaik pada malam ini.

Paduan suara Idayu bersama Azharina dalam lagu duet mereka sangat hebat, smanakala Bob dan Dayang juga turut memberikan saingan yang tidak kurang hebatnya pada malam itu.

 

 

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.