Badan Hazama Penuh Tatu

Terkejut team Jambu Batu Online bila ada member kasitau badan Hazama sudah pun bertatu. Ya ker uols badan Hazama bertatu? Dia pun mengirimkan sekeping foto yang Jambu Batu Online share kat korang nih. Bukan setakat bertatu jer, fesyen rambut Hazama pun dah lain. Rambut rasta ala-ala Bob Marley. Sebijiklah macam budak pulau (tak semualah…). Gambar nih pun latar belakangnya macam kat pulau jer.

So team Jambu Batu Online pun cubalah check it out akan kesahihan perkara ini. Yelah, memanglah gambar ini menampakkan Hazama dengan tatu yang penuh di badan. Tapi persoalannya, adakah tatu tersebut real atau tidak? Daripada tuduh atau main agak-agak, baik kita check dulukan?

So, akhirnya team Jambu Batu Online dapat tahu bahawa itu bukanlah tatu badan yang kekal. Sebaliknya ia hanyalah tatu yang bersifat sementara dan boleh tanggal. Hazama membuat tatu yang boleh tanggal itu sempena menjayakan muzik video terbarunya, Aku Bukan Dewa.

Muzik video terbitan Rocketfuel Newtwork ini dicipta oleh Hazama dan Taja serta lirik ditulis oleh Ad Samad. Idea dan konsep muzik video ini tercetus daripada Hazama sendiri bersama Irwan Rauf dan Dian Mayasari. Irwan Rauf juga bertindak sebagai pengarah.

Klik link ini untuk tonton muzik video:
Aku Bukan Dewa – Hazama featuring Altimet

Lirik Aku Bukan Dewa

Kutunggangi Kelodan Melintas Di Depanku
Merentasi Rintangan Yang Berlurah Dan Liku
Adakala Kutahu
Mana Kutuju
Adakalanya Aku
Hanya Menduga Duga

Walau Aku Bukan Dewa
Kalis Calar Dan Luka
Bebas Dari Cedera
Namun Aku Masih Muda
Darahku Yang Merah Menyala
Buat Ku-Seperkasa

Kugelakan Amaran Pabila Dilontarkan
Jegilan Kuancaman, Pada Tiap Cabaran
Apa Pun Yang Kan Terjadi, Akan Terjadi
Hidup Ini Hanya Sebuah Bongkah Permainan

Walau Aku Bukan Dewa
Kalis Calar Dan Luka
Bebas Dari Cedera
Namun Aku Masih Muda
Darahku Yang Merah Menyala
Buat Ku-Seperkasa

-Rap-
Biar Putih Tulang Asal Tak Putih Mata
Kalau Jantan Hutang Budi Bayar Baliknya Jasa
Ada Turun Naik Malam Pasang Surut
Baik Mati Berdiri Dari Hidup Melucut
Aku Makin Kuat Lepas Aku Pasang Niat
Jatuh Bangun Aku Cuba Lagi Tiada Tunggu Dan Lihat
Tiada Tuding Jari Bila Tangan Sibuk Berkiat
Selagi Ada Kudrat Keringat Aku Untuk Zuriat

Apa Pun Yang Kan Terjadi, Akan Terjadi
Hidup Ini Hanya Sebuah Bongkah Permainan

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.