Sekali lagi Faizal Tahir tercalon dalam Anugerah MTV EMA!

Setelah gagal membawa pulang apa-apa kemenangan ketika tercalon di Anugerah MTV EMA (MTV Europe Music Awards) untuk kategori Artis Asia Tenggara Terbaik (Best Southeast Asia Act) pada tahun 2015, kini Faizal Tahir sekali lagi tercalon untuk kategori yang sama di anugerah berprestij tersebut .

Sememangnya Faizal merupakan wakil Malaysia yang paling layak menerima pencalonan tersebut berikutan kejayaan album Anatomi yang dipasarkan pada tahun lepas, karisma beliau sebagai seorang penyanyi dan komposer serta aktiviti-aktiviti  kedermawanan beliau dalam misi memperjuangkan kemanusian.

Barisan artis-artis Asia Tenggara yang turut tersenarai dalam kategori yang sama adalah  Isyana Sarasvati (Indonesia), The Sam Willows (Singapore), Slot Machine (Thailand), James Reid (Philippines), Dam Vinh Hung (Vietnam) dan Palitchoke Ayanaputra (Thailand).

Sebelum ini Ayda Jebat juga tercalon  dalam senarai awal pencalonan kategori SEA Social Wildcard (Malaysia) sebelum beliau boleh mara ke peringkat seterusnya dan turut bertanding bersama dengan Faizal dan calon-calon utama kategori Artis Asia Tenggara Terbaik (Best Southeast Asia Act). Namun begitu, kemaraan Ayda Jebat disekat oleh penyanyi dari Thailand, Palitchoke Ayanaputra.

Anugerah MTV EMA 2017 bakal berlangsung di London pada 12 November ini.

Undian untuk menentukan Artis Asia Tenggara Terbaik (Best Southeast Asia Act Award) kini sudah pun dibuka. Jom undi Faizal Tahir untuk kategori tersebut melalui laman web rasmi MTV EMA: di http://www.mtvema.com/en-asia/artists/i9m2j0/faizal-tahir.

Undian ditutup pada hari Ahad, 12 November jam 06:59 pagi.

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply