MTV Single Baru Agnes Monica Dianggap Porno  Serta Lucah!

Waktu muncul dengan single international pertama iaitu Coke Bottle pada 2014, Agnes Monica dikecam hebat apabila puting di sebelah payu dara kanannya tersembul keluar di dalam muzik videonya. Kini, dalam single internasional kedua, As Long As I Get Paid yang baru sahaja dilancarkan pada 22 September 2017, fans mengkritik Agnes  apabila menyamakan  muzik video dengan video porno.

Namun begitu, masih ramai juga fans yang berusaha mempertahankan Agnes  kerana bersungguh-sungguh untuk mencipta nama di Amerika Syarikat. Tidak kurang juga yang  memujinya kerana masih mengekalkan budaya Indonesia di dalam muzik video tersebut apabila mengenakan gaun kebaya mewah rekaan Anne Avantie.

Muzik video As Long As I get Paid yang terilham daripada muzik video Paparazzi Lady Gaga ini menggunakan lokasi Villa De Leon yang terletak di Los Angeles.  Lady Gaga sendiri turut menggunakan vila tersebut untuk MTV Paparazzinya. Penyanyi  Demi Levato pula menggunakan lokasi tersebut untuk MTV lagu Let It Go.  Menariknya, bayaran untuk menggunakan villa tersebut sebagai lokasi MTV memang sangat mahal iaitu USD10,000 yang juga bersamaan dengan RM42,238 untuk tempoh 6 jam.

Sepertimana Coke Bottle, As Long As I Get Paid turut dicipta oleh Timbaland serta T.I . Malah Timbaland dan T.I turut muncul sebagai featuring artiste. Malah, aktor Barry J White yang terkenal dengan siri Stomp The Yard dan The Game Plan dikekalkan sebagai modelnya dalam single terbaru Agnes Monica ini.

Di sebalik kutukan dan respon yang bercampur baur terhadapkemunculan single terbarunya itu, Agnes Monica juga  bakal muncul dengan album studio international penuh pada tanggal 10 Oktober ini.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply